Tuak merupakan minuman tradisi yang sinonim dengan masyarakat Dayak di Sarawak terutamanya semasa sambutan Hari Gawai.<br /><br />Seiring peredaran zaman, tuak terus diinovasi dengan mempelbagaikan perisa minuman itu mengikut citarasa masyarakat.<br /><br />Bagi Pengasas Tuak Bad Cat Borneo, Maynard Keyne Langet, kepelbagaian perisa ini bagaimanapun tidak sesekali menjejaskan permintaan terhadap tuak asli yang diperbuat daripada beras pulut putih.
